Tentang Kami

Syarikat Tunas Grow Synergy Sdn. Bhd. didaftarkan pada tahun 2025 dengan tujuan membangunkan industri pertanian berasaskan cili secara berteknologi dan moden.

Bermula dengan hanya 2,000 pokok di Kulai, Johor, syarikat kini mengusahakan lebih 10,000 pokok cili secara fertigasi dengan penggunaan sistem IoT yang mengintegrasikan teknologi pintar dengan lebih tepat.

Latar Belakang Syarikat

Peluang dalam sektor pertanian sangat besar kerana permintaan terhadap hasil tani sentiasa meningkat, namun bilangan petani yang aktif semakin berkurangan.

Dari kesedaran inilah tercetusnya idea untuk menubuhkan Tunas Grow Synergy — sebuah inisiatif yang bermula dengan langkah kecil tetapi bersemangat besar untuk membantu komuniti tani tempatan. Kami berhasrat menjadi jambatan antara ilmu, teknologi, dan peluang pertanian sebenar, agar lebih ramai generasi muda dan masyarakat setempat dapat terlibat secara aktif dalam bidang pertanian moden yang mampan dan menguntungkan.

Lokasi

Berpengkalan di Kampung Ayer Manis, Kulai, Johor.